Murid-murid, semaklah jawapan kamu dengan ayat-ayat berikut.
1) Para penonton bertepuk tangan apabila penyair itu selesai mendeklamasikan sajaknya.
2) Pinggan-pinggan itu berdebu kerana sudah lama tidak digunakan.
3) Jika anda gagal dalam peperiksaan, anda akan dinasihati agar belajar dengan lebih giat lagi.
4) Diana menggemari buah-buahan tempatan kecuali buah durian.
5) Ketibaan baginda disambut oleh kaum keluarga yang selalu mendoakan baginda semasa beliau berada di luar negeri.
6) Makanlah ubat ini agar/supaya penyakit awak cepat sembuh.
7) Mangkuk-mangkuk itu berhabuk kerana/sebab sudah lama tidak digunakan.
8) Arifin menunggang basikal sambil bersiul-siul.
9) Lina tidak lagi bertemu dengan Wati semenjak Wati berpindah ke Malaysia.
10) Pagi tu seorang murid pun belum tiba kecuali Ganesh yang membaca buku cerita.
Semoga berjaya!!
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)