Tuesday, November 3, 2009

Latihan Sambung Ayat

Murid-murid, semaklah jawapan kamu dengan ayat-ayat berikut.

1) Para penonton bertepuk tangan apabila penyair itu selesai mendeklamasikan sajaknya.

2) Pinggan-pinggan itu berdebu kerana sudah lama tidak digunakan.

3) Jika anda gagal dalam peperiksaan, anda akan dinasihati agar belajar dengan lebih giat lagi.

4) Diana menggemari buah-buahan tempatan kecuali buah durian.

5) Ketibaan baginda disambut oleh kaum keluarga yang selalu mendoakan baginda semasa beliau berada di luar negeri.

6) Makanlah ubat ini agar/supaya penyakit awak cepat sembuh.

7) Mangkuk-mangkuk itu berhabuk kerana/sebab sudah lama tidak digunakan.

8) Arifin menunggang basikal sambil bersiul-siul.

9) Lina tidak lagi bertemu dengan Wati semenjak Wati berpindah ke Malaysia.

10) Pagi tu seorang murid pun belum tiba kecuali Ganesh yang membaca buku cerita.

Semoga berjaya!!

Wednesday, August 12, 2009

Peribahasa


Apakah agaknya makna peribahasa yang terdapat di dalam klip video ini seperti:


1) Anak dagang


2) Bawa diri


3) Tinggi diri


Selamat mencuba!

Tuesday, June 30, 2009

Apa pandangan kamu?

Berikan pandangan kamu tentang luahan hati F-Zee. Selamat mencuba!!

Friday, April 3, 2009

Kegiatan berlakon







Gambar-gambar lakonan murid-murid. Ada komen?

Tuesday, February 17, 2009

Friday, January 30, 2009

Monday, January 12, 2009

Tugasan kami hari ini.

Tuliskan renungan kamu mengenai pelajaran hari ini.